Wednesday, May 28, 2014

Bunyi Tangisan Pertama

Bismillah

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

Alhamdulillah

---

Sekarang sudah masuk minggu ke-2 posting Obstetric & Gynaecology. Alhamdulillah better than first week. Minggu pertama merupakan minggu kekusutan dan kepayahan. Belajar banyak new terms, how to take history taking in O&G, how to calculate EDD (expected date of delivery), how to write gravida and parity and etc. The lists go on..

Harini saya oncall. Ya, belajar juga dikenakan oncall, tetapi tidak seperti HO. Kami hanya perlu oncall sekali seminggu. Dan kami pelajar perempuan secara tidak langsung juga ditugaskan menjadi chaperone untuk pelajar lelaki, semestinya untuk tujuan keselesaan pesakit. 

Selepas turun lif dari tingkat 9, kami bergegas ke Labour Room di tingkat 2. Semangat kerana kali pertama. Saya dan seorang lagi coursemate lelaki masuk ke labour room dan mencari-cari pesakit yang mahu deliver. Kami ingin belajar. 
Sambil berdiri dihadapan board tersebut, kami cuba memahami apa yang ditulis oleh para doktor dan staff nurse. Mana tidaknya, semua dalam keadaan sinkof. Sependek-pendeknya. Mahu jimat masa mungkin ? Tapi tidak mengapa, mungkin saya akan buat benda yang sama akan datang. Ya.

"Mrs.J, 30 y/o, G3P2, 37/52+ 2/7, cervical os open 8 cm", kawan sekelas saya mula membaca list pertama pada board tersebut. 

"Hem, kalau pesakit ini kita kena tunggu less than 2 hours lagi. Mungkin kita boleh masuk procedure room dulu tengok ultrasound ke? ", saya memberi cadangan.

Ketika kami khusyuk melihat board di labour room, tiba-tiba, seorang staff nurse bertanya kepada kami,

"Adik nak tengok delivery ke? Kat dalam Bilik 5 ada seorang patient"

Kami berasa sangat teruja. Pertama kerana dipermudahkan urusan untuk pelajar seperti kami yang masih mentah tentang selok belok labour room. Kedua disambut oleh staff nurse yang sangat memahami kami pelajar perubatan yang ingin belajar. Teruja itu seperti tidak tahu bagaimana mahu diungkap. 

Lalu dengan senyuman yang paling manis dan lebar diameternya, kami mengucapkan terima kasih dan segera pergi ke bilik yang disebut.

Dari luar, kedengaran seorang ibu sedang menjerit menahan sakit. Sedang berusaha sedaya upaya untuk meneran. Sedang berhempas pulas menyerahkan semua keringat dan tenaga hanya untuk melahirkan seorang anak ! Allahuakbar.

Saya berdiri di langsir yang separa tertutup itu, tujuannya ingin meminta izin. Dalam masa yang sama pelbagai soalan bermain dalam fikiran. Bagaimana aku mahu meminta izin daripada patient yang sedang dalam kesakitan dan semua staff nurse yang sedang membantu proses deliver itu? Apakah ada staff nurse yang ingin melayan medical student? Apa yang aku patut bantu? Bagaimana dengan kawan lelakiku ini? Adakah dia berpelaung untuk belajar daripada patient ini? Seribu satu soalan berputar.

Alhamdulillah Allah mudahkan. The moment saya menyelak langsir bilik 5 seorang satff nurse mengangguk menandakan aku dibenarkan masuk. Tetapi nasib tidak menyebelahi rakan lelaki saya, dia tidak dibenarkan. Mungkin atas sebab privasi patient. Maka saya seorang berdiri di sudut yang paling hujung di bilik 5 labour room untuk menyaksikan buat kali pertama kuatnya seorang ibu untuk melahirkan anaknya ! Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar. Allah itu Maha Agung.

Situasi di dalam bilik 5 itu tidak tenang.

Beberapa kali mendengar staff nurse menjerit,

"Puan, kalau dah rasa sakit, dah rasa ada contraction, ambil nafas dalam-dalam dan teran, teran sekuat mungkin"

"Puan jangan menangis puan! Guna tenaga untuk teran"

"Puan, berapa kali saya cakap, jangan buat macam tu. Kesian baby ni, dia lemas dalam tu nanti"

"Puan cepat puan ! Teran puan ! Baby ni berak dalam perut nanti, dia boleh lemas telan taik dia puan! "

"Puan, tolonglah ikut cakap saya puan. Saya nak puan tarik nafas dalam-dalam, pegang kaki, dan teraaaaaann sekuat mungkin. Ni dah nampak rambut dia ni, sikit je lagi puan kena usaha"

Banyak betul drama-drama dalam labour room. 

Dengan beberapa kali teran, patient di bilik 5 telah pun selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Alhamdulillah. Semua nurse di dalam bilik labour room itu mengucapkan Alhamdulillah. Termasuk pesakit tersebut. Dan saya juga.

Beberapa minit kemudian, terdengarlah bunyi tangisan bayi yang pertama.




Syahdu betul. Saya seolah-olah ingin menangis di situ. Tanpa sedar air mata tetap bergenang di dalam kelopak mata. Tapi saya cepat-cepat meyeka air mata itu supaya tidak jatuh ke pipi. Bukan kerana malu, kerana takut mempengaruhi emosi patient. Inilah kali pertama saya melihat sendiri seorang ibu bertarung nyawa untuk melahirkan seorang anak. Mana mungkin saya lupa dengan penagalaman ini.

Seorang nurse mencatit waktu kelahiran bayi itu. Tepat pukul 3.15 petang. 

Saya kira proses deliver hampir siap. Rupanya sangkaan saya meleset. Masa untuk mengeluarkan pula umbilical cord dan placenta. Daripada raut wajah pesakit itu, dia masih menahan sakit. Allah hebatnya Engkau yang menciptakan seorang wanita yang penuh dengan kekuatan.

Dicatit sekali lagi waktu placenta keluar. Kira-kira pukul 3.25 petang,

Proses deliver diteruskan dengan menjahit kawasan yang terkoyak. Sekali lagi melihat pesakit itu menahan sakit. Tanpa sebarang anesthetic, kulit yang terkoyak ketika proses deliver itu dijahit oleh staff nurse dengan berhati-hati. Situasi di bilik 5 itu agak tenang. Sudah ramai staff nurse yang keluar dari situ, ada tugas baru mungkin. Sehinggalah tinggal saya, berdua dengan seorang staff nurse yang sedang  menjahit dan seorang patient. 

Saya cuba membantu meringankan kerja staff nurse itu. Dia juga bermurah hati mengajar cara  untuk menjahit. Kami berborak berkongsi cerita dan pengalaman. Termasuk juga pesakit itu, masih bertenaga melayan karenah kami berdua. masih beupaya melayan soalan-soalan saya. Masih kuat untuk terus senyum.

Akhirnya proses menjahit siap, alhmdulillah. Bayi yang tadi di bawa pergi untuk dipakaikan baju sudah pun kembali kepada ibundanya. Saya membantu staff nurse tadi untuk menukarkan pakaian patient tadi yang sudah pun tecalit dengan darah. Alhamdulillah semuanya siap, settled.

Saya ucapkan tahniah kepada pesakit itu atas kelahiran cahaya matanya yang kedua, dan sebenarnya ucapan tahniah saya lebih kepada kekaguman melihat akan kekuataannya bertarung nyawa, melawan segala kesakitan semata untuk anak yang ingin dilahirkannya itu. Terima kasih juga atas peluang yang diberikan untuk saya belajar pengalaman pertama melihat proses yang tampak biasa, tapi sebenarnya sangat teramat luar biasa.

Tiba-tiba, tangisan kedua daripada bayi itu kedengaran.

Saya bertanya kepada pesakit itu,
"Puan, puan nak menyusukan baby ni ? Dah ada nama ke? hehe. Nak panggil apa ye si comel ni?"

Pesakit itu,
"Haaa boleh jugak . Meh sini baby tu. Nama dah ada tapi tak tahu lagi lah. Kena bincang dengan ayah dia dulu. hehe."

Saya pun mendukung bayi yang baru lahir beberpa jam tadi, untuk diberikan ke dalam pangkuan ibunya. Alamak, ringannyaa diaa. hehe

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar

Ma'assalamah, wailalliqaa'

----

p/s: 
Ini merupakan kisah benar, penyaksian saya terhadap proses delivery buat kali yang pertama tujuh bulan yang lalu. Mana mungkin saya dapat melupakan pengalaman ini. Mana mungkin hilang begitu sahaja wajah seorang wanita yang sangat luar biasa kekuatannya untuk melahirkan cahaya matanya. Mana mungkin saya melupakan raut wajah wanita mengizinkan saya untuk belajar proses delivery buat kali yang pertama. Dan mana mungkin saya melupakan Puan yang indirectly mengajar saya pengorbanan seorang ibu, dalamnya rasa cinta seorang ibu dan yang paling penting hebatnya Al-Khaliq menciptakan wanita yang luar biasa kekuatannya. Allahuakbar. Tahniah dan terima kasih Puan. *mesti anak Puan dah pandai merangkak kan sekarang?* :)

Thursday, September 5, 2013

Datang bertandang tanpa diundang .

Bismillah
In the name of Allah, the most Gracious the most Merciful

Assalamualaikum dan salam ukhwwah semua :)

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah

Sekarang tepat jam 12 malam. Tepat. Bilik Abang, bilik Abah dan Mama semua dah tertutup, sunyi, sepi. Mereka semua sudah dibuai mimpi barangkali. Dan saya masih di sini, memikirkan masa lampau, masa silam, kenangan, masalah yang tak pernah kurang, perasaan, dan masa hadapan yang tak pasti datang.

Entah, sepasang mata seperti masih degil untuk beristirahat, walaupun otak sudah letih. Mungkin memikirkan macam-macam yang tak pernah sudah. Mungkin dengan sedikit coretan dapat mengurangkan beban. Mungkin. biiznillah.

Cuti penuh makna

Alhamdulillah thummal hamdulillah. Dapat jugak saya merasa makna cuti. Pulang ke kampung halaman, menghirup udara tanah kelahiran, sangat bererti bagi saya yang sangat jarang-jarang pulang ke baiti jannati kerana kesibukan hal-hal pelajaran. Dah 5 tahun tak dapat menikmati cuti panjang. Cuti saya setakat ini yang paling panjang hanyalah dua minggu. Cuba bayangkan sahabat lain menikmati cuti semester berbulan-bulan, saya masih lagi ulang alik campus- study. Di saat mereka bergembira cuti short term break, saya masih lagi berlari-lari ke campus- study. Perkataan cuti ibaratnya sudah terkubur. Hilang lesap. Tetapi, point utama yang saya mahu jelaskan disini, kalau dapat cuti, saya akan cuti betul-betul ! Nikmati sepenuhnya cuti itu; pulang ke rumah, tolong abah dengan mama, belajar & main dengan adik-adik, buat sebanyak yang boleh 'bonding'. Sebabnya, cuti itu sahaja yang ada. Tetapi saya tahu, Allah sentiasa aturkan yang terbaik untuk saya. Itu semestinya ! Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat Mu.


Sedih juga kadang datang bertandang tanpa diundang

Semenjak dua menjak ini, saya kadang asyik rasa sedih. Macam-macam sebab lah sebenarnya. Antaranya, tidak dapat join Jaulah Tautan Hati Pulang ke Gagang ke Maktab terchenta. Ya Allah, sedihnya memang tak dapat digambarkan. Rasa macam hati ini hancur berkecai, pecah seribu. Mana tidaknya, saya dan sahabat siap bincang tentatif jaulah, buat group discussion dalam Facebook, dan saya dah pun siap belikan hadiah untuk mereka-mereka yang sangat sangat sangat saya saya sayangi. SubhanAllah, sedihnya itu hanya Allah pemilik segala hati ini sahaja yang tahu. Dikejutkan pula dengan berita salah seorang pak cik saya yang berusia dalam 70an terjatuh lalu menyebabkan pendarahan di dalam kepala dan kini beliau masih koma. Innalillahiwainnailaihiraji'un. Ditambah pula dengan ibu bapa yang tiada di Malaysia. Lagi lah meruntuh jiwa. Tugas sebagai seorang kakak terpaksa digalas, sehingga terpaksa membatalkan segala agenda yang dah dirancang, terpaksa korbankan jaulah tautan kasih itu. SubhanAllah betul-betul tamparan hebat.

Saya juga terkilan, tak berpeluang berjumpa dengan roommates semasa di MRSM dahulu yang sangat sangat sangat saya rindui. Ketahuilah kalian, kasih sayang dan cinta saya pada kalian tak pernah luak, walau sikit pun. Asif jiddan sebab saya jarang berhubung. Asif jiddan saya tak kotakan janji belanja kalian di Manhattan Fish Market. I will, InsyaAllah. Bila ada kesempatan ruang dan peluang, saya akan kotakan janji itu, walaupun terpaksa tunggu hingga 5 tahun akan datang. InsyaAllah. Kalian memang roomates yang terhebat ! Sampai sekarang  saya masih tak jumpa roomates yang cool lagi bergaya macam kalian. Semoga ukhwwah yang kita bina ini kekal hingga ke JannahNya, biiznillah.

Oh dan satu lagi, malam tadi saya scroll halaman utama muka buku. Tiba-tiba saya ternampak update status daripada seorang akhawat yang memberitahu bahawa Masjidil Aqsa kini diserang oleh tentera Israel dan dipertahankan oleh maysarakat Muslim Palestin, lalu saya terfikir, apa sumbangan aku dari sini ? Kaku.

'Ala kulli hal, saya tahu segala yang berlaku, itu yang terbaik. Saya merancang, Dia juga merancang, tetapi ketahuilah perancangan Dia yang Maha Hebat tak pernah silap, tak pernah sia-sia. Mungkin kita tak nampak hikmahnya sekarang, tapi ia pasti akan dilihat masa akan datang, biiznillah. 

Menghitung buatir-butir mutiara yang jatuh gugur batinnya .

Semoga Allah redha 

Ma'assalamah, wa ilalliqaa'


::Kala Usrah bersulam Cinta::
zahraa


Saturday, August 31, 2013

Iftitah

Bismillah
In the name of Allah, the most Gracious the most Merciful

Assalamualaikum dan salam mahabbah fillah

Alhamdulillah thummal hamdulillah

Jenguk-jenguk balik blog yang usang lagi bersawang ini, last update 17 Januari 2013. Subhanallah, saya memang bukan blogger yang bergaya lagi berjaya. Sebenarnya ada banyak cerita menarik sedih gembira ketawa yang ingin dikongsi, tapi disebabkan kekangan waktu & perlu pentingkan perkara penting yang lebih penting, maka jadilah ceritanya seperti ini. Blog terbiar dan di anak tirikan. ish ish.

Tapi insyaAllah saya akan nukilkan semua cerita pahit manis dalam pengajian perubatan ini dalam bentuk cerpen. insyaAllah. Mohon doa sahabat agar dipermudahkan segala urusan. Sebab sebenarnya selain daripada menjadi seorang muslim dokor yang bertauliah, saya juga bercita-cita nak jadi penulis, nak keluarkan sebuah islamic novel atau buku motivasi. Ala-ala Sis Hlovate. Semoga dipermudahkan. Salah satu sebab lain saya nak nukilkan jalan cerita hidup pelajar medic, nanti manalah tahu lepas graduate kot-kot nak imbas kembali suka duka pengalaman pelajar medic, boleh buka blog & baca. Mesti seronok. Boleh juga buat tatapan anak-anak dan cucu cicit nanti. *ehem* . biiznillah

Apapun , kita merancang, Allah juga merancang tapi ketahuilah perancangan Allah itu selalu yang terbaik & tak pernah silap. Percayalah.

Sebelum terlupa, kita masih lagi di bulan Syawal kan, 

Selamat Hari Raya sahabat!
Eid Mubarak everyone !

Asif jiddan atas semua salah silap, sedar atau tidak. Maaf zahir batin.

Sahabat dah habis puasa syawal enam hari ? Masih belum terlambat saya kira untuk kerah diri sendiri menahan nafsu untuk puasa sunat Syawal enam hari. Saya juga masih berusaha untuk habiskan sisa-sisa bulan Syawal ini dengan  puasa sunat. insyAllah. Dan saya rasa, puasa sunat enam bulan Syawal ini lagi mencabar sebenarnya berbanding puasa Ramadhan, sebab berpuasa disaat orang lain menikmati kuih raya lemang ketupat rendang depan kita, ohh sangat sangat sangatlah mencabar kekuatan diri ini. Ditambah pula dengan banyak jemputan rumah terbuka dan juga walimah. Dan juga musim peperiksaan. Memang betul-betul mencabar. Serius.


Beralih kepada isu semasa.

Saya yakin dan percaya ramai sahabat yang sudah tahu isu global islam yang saya kira kita tak patut memandang enteng atau pandang sebelah mata atau hanya jeling-jeling manja pada isu ini hanya disebabkan pergolakan ini bukan berlaku di Malaysia. Tapi ketahuilah, muslim yang benar-benar muslim, hati mereka itu hidup! Jika muslim di Mesir,Syria, Gaza, & Rohingya dicederakan, disembelih, ditembak, dirogol, dibunuh, ditanam hidup-hidup, dibom dengan gas racun dan segala benda kejahatan yg dilakukan, kita sepatutnya turut merasa sakit, pedih, sedih, pilu, kecewa ! Ibaratnya cubit paha kanan, paha kiri juga terasa.

Mana mungkin saudara seislam kita dibonekakan dan dijadikan permainan bunuhan rejim zionis dan kafir, kita sikit pun tidak merasa apa-apa? Bak kata omputih, ' like seriously ? '. Cuba bayangkan yang terkorban itu, ahli keluarga kita? SubhanAllah. Kalau macam itulah keadaan kita, kena banyak-banyak istighhfar, kena recheck hati, kena recharge iman. Saya kira, penyakit seperti hati mati ini, tidak boleh diubat dengan drug-drug yang manusia ciptakan itu, tetapi ambillah rawatan terapi sucikan hati, banyak berdoa kepada Al-Khaliq, Sang Pencipta yang Maha Hebat, yang Menguasai seluruh alam. Saya juga dalam usaha kearah itu. Saya yang semestinya juga kena bertindak. Saya juga.

Jom kita sama-sama cakna akan isu ini, sumbangkan apa yang kita mampu. Jika kita tidak mampu dari segi kewangan, kenapa kita tidak membantu dengan cara lain ? Contohnya, sebarkan berita yang sahih tentang isu kepada rakan-rakan yang masih belum tahu. Ceritakan kepada mereka, kongsikan kepada mereka. Mana tahu sedikit pengorbanan itu, akan menjadi perubahan yang besar. Dan saya sangat yakin sekecil manapun usaha kita itu, Allah tetap kira untuk saham akhirat nanti, insyaAllah. Jangan sempitkan pemikiran. Hidup ini juga terlalu singkat untuk dibazirkan dengan perkara sia-sia. Maka, cungkillah logam (kelebihan) yang ada pada diri masing-masing, dan gunakan untuk islam. Infakkan untuk persediaan di alam sana. Real life starts after death. Indeed.

So sahabat, kalau mahu tahu update terkini isu Mesir & Syria, boleh like page facebook Mesir Kini & Ikram for Syria (i4s)


.Beralih kepada Professional Exam.

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah

Saya berjaya dalam 1st Professional Exam baru-baru ini. Alhamdulilah, sesungguhnya semua ini milik Allah. Allah yang punya, dan Allah hanya bagi pinjam. Walaupun sebelum kejayaan itu, saya terpaksa lalui beberapa ujian, tapi alhamdulillah Allah jua yang kuatkan diri yang lemah ini. Dia mengetahui segalanya. InsyaAllah saya akan nukilkan cerita & pengalaman ini pada entry yang akan datang, insyaAllah. 

Apapun, Jazakumullahu khairan kathir kepada Mama Abah, adik beradik, ahli keluarga, Akak-akak Naqibah, usrahmates, housemates, sahabat Foundation in Science, sahabat MRSM Kuala Berang, sahabat SMK (Agama) Kuala Abang, sahabat SK Rantau Petronas, Junior-junior, guru-guru & lecturers atas sokongan semangat physically, spiritually, emotionally dan digandakan dengan doa. Ketahuilah diri ini sangat lemah tanpa sokongan kalian. Terima kasih banyak-banyak.


.Beralih kepada lumrah kehidupan.

Alhamdulillah, seorang daripada housemate saya telah pun selamat menjadi tunangan orang. Semoga kalian kekal sehingga ke jinjang pelamin, dan terus bercinta hingga ke JannahNya. Dan semoga Baitul Muslim yang akan kalian bina, biiznillah, sentiasa menjadi penguat antara satu sama lain untuk thabat di jalan Dakwah dan Tarbiyah yang sumpah panjang. Semoga diredhaiNya. Tahniah dan saya bahagia untuk awak sayangku. Walaupun awak dah jadi zaujah orang nanti, kalau sedih-sedih jangan lupa cari saya, dan jangan pernah rasa awak seorang, sayang. Saya sentiasa ada untuk awak. Uhibbuki fillah. Doakan saya juga . *ehem* :)

InsyaAllah sampai disini sahaja update saya kali ini. Update sana sikit, sini sikit, itu sikit ini sikit.Cukuplah buat masa ini. 

Syukran jaziilan

Semoga Allah redha




::KalaUsrah Bersulam Cinta::

izzahzahraa

Thursday, January 17, 2013

Maaf, jika terlambat. Sanah Helwah !

Bismillah 
In the name of Allah the most gracious the most merciful

Alhamdulillah

Assalamualaikum dan Salam Mahabbah. 

SANAH HELWAH !
SELAMAT HARI LAHIR !
HAPPY BIRTHDAY !

Buat sahabatku yang disayangi dan dicintai, Najibah Zahirah binti Jamaludin.
Semoga dengan peningkatan umur, seiring dengan kematangan akhlak, pertambahan amal, pergandaan kerja-kerja untuk Dakwah dan Tarbiyah.

Doaku untuk sahabat yang satu ini;
Semoga awak dapat menjadi seorang 
Bintu Solehah . Anak yang solehah
Fataatu Mutaadibah . Remaja yang berakhlak/ beradab
Zaujatul Mahbubah . Isteri yang disayangi
Ummu 'Aqilah . Ibu yang cerdik
Mujahidah Mukminah . Pejuang yang beriman
Syahidah fi Sabilillah . Syahid di jalan Allah
Tilmizah Mumtazah . Pelajar yang cemerlang
Tobibah Salimah . Doktor yang baik

*Amaran: Baca dengan penuh senyuman. Semua kata-kata ni, datang daripada sudut hati saya yang paling paling paling paling dalam. Sambil lagu Istikharah cinta dimainkan. *nanges* T.T *

'Ala kulli hal, bersyukur kerana Allah masih meminjamkan nyawa, masa, akal, nikmat dan segala sesuatu yang awak dan saya ada sekarang. Alhamdulillah. Terima kasih juga kepada ibu bapa yang berkorban dalam setiap peluh keringat membesarkan ibarat menatang minyak yang penuh, mendidik, membimbing dan sentiasa menjadi tunjuk ajar yang kepada awak dan saya. Jazakumullah khayr kathir atas semuanya. Semoga  ibu bapa awak dan saya ditempatkan disyurga Firdaus. Berbahagialah mereka di sana. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, rahmatilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka menyayangi kami sejak kecil. :')

Jazakillah khayr kathir Najibah kerana menjadi seorang sahabat yang sangat hebat. Mantap. Sepanjang dua tahun tujuh hari kita menjalinkan ukhuwaah, banyak kenangan, pengalaman, tunjuk ajar dan nasihat yang saya dapat belajar daripada awak walaupun sama ada awak sedar atau tidak. Banyak. Sangat banyak. Semoga awak sentiasa thabat di jalan dakwah yang sumpah panjang ini. Ya, saya tahu berkata-kata memang lagi senang tapi hakikatnya sangat payah. Tapi awak jangan risau, saya sentiasa berada di belakang awak walaupun kadang-kadang rasa macam tak. *nanges*

Awak tahu, sangat indah kan pertemuan ni! :') 
Kita sama-sama  dicampakkan di Taylors yang rata-rata manusia yang kurang faham tentang Islam. Tapi sebenarnya, kita juga masih mencari-cari maksud sebenar hidup. Tujuan hidup. Kemudian Allah tetapkan kita menjadi housemate dan yang paling indah dan manis, Allah tetapkan kita sama-sama untuk berada dalam satu Usrah. Di situ, bermula lah perjalanan kita, mendambakan cinta yang benar. Mencari maksud perjalanan yang bermakna. Menjalinkan kasih sayang. Memahami antara satu sama lain. Berkongsi pengalaman. Meminta  pandangan. Bekongsi air mata. Membimbing antara satu sama lain. Pergi ke majlis ilmu sama-sama. Sama-sama berkorban. Banyak. Sangat banyak. Tetapi saya tahu, masih banyak yang saya perlu belajar tentang diri awak. 

Jazakillah khayr kathir atas segalanya. Segalanya. Dan semuanya. Maaf juga ku pinta atas salah silap yang saya pernah buat sama ada sengaja atau tidak.Maaf jugak kalau saya tak dapat jadi kawan yang baik. Asif jiddan. Semoga ukhuwwah yang kita bina ini, tidak ternoktah di sini sahaja, semoga kita berkumpul kembali di syurga. Jannah. insyaAllah. Ameen.

Daripada Abu Hamzah Anas bin Malik r.a, pembantu Rasulullah SAW, Baginda bersabda:

Maksudnya: "Tidak beriman (secara sempurna) seseorang kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri"
[Riawayat al-Bukhari no.13, Muslim no.45 dan Ahmad no.18076]

.Uhibbuki fillah jiddan jiddan jiddan.
.Love you for the sake of Allah.
.Sayang awak sangat to the power of infinity.








p/s: 1. this is short and quick post. so, mungkin banyak kekurangan. asif jiddan.
2. Maaf, hadiah masih tergendala. Belum tahu hadiah yang paling sesuai untuk awak. insyaAllah akan diusahakan.
3. Rindu awak. Semoga awak sentiasa dalam penjagaanNya.

*lagu istikharah cinta dimainkan*
*nanges* 

:: kala Usrah bersulam cinta ::
Az-Zahraa'

Tuesday, January 15, 2013

Ketika Cinta BerUSRAH

Bismillah
In the name of Allah the most gracious and the most merciful.

Alhamdulillah. 


Bila melihat header blog ini, ia berubah lagi. Ya, berubah. Sempena dengan tahun baru, azam pun dah baru, umur pun juga jadi baru. Eh. :)

Muhasabah kembali masa yang lalu, tahun 2012 mencorakkan banyak kenangan pahit, manis, pelbagai perisa ada. Perjuanganku masih belum selesai, mungkin di pertengahan, dan mungkin juga tak sampai lagi di pertengahan. Teringat satu warkah yang dikirimkan oleh sahabat saya yang kini menuntut di bumi Urdhul Kinanah Misr pada hari terakhir SPM tiga tahun yang lalu, antara ayat yg paling saya terkesan dan masih segar dalam ingatan saya, 'Perjalanan kehidupan kita sebenarnya baru bermula, jalan masih panjang'. Sumpah panjang. Saya mula faham dan digest apa yang sebenar-benarnya maksud yang tersirat disebalik ayat keramat itu. Ya, ia sangat mendalam. Tahu dan faham, dua benda yang berbeza. Dulu saya tahu namun hari demi hari yang dilalui dengan izinNya, buat saya makin faham. 

Semoga apa pun yang saya lalui, harap saya tak pernah terlalai dengan tujuan sebenar Sang Pencipta menciptakan saya di bumi ini. Menciptakan diri yang lemah ini untuk menjadi Khalifah (2:30) dan 'Abid (51:56). Dan jika saya terpesong atau tergelincir dari jalan tarbiyah ini, saya mohon sahabat yang saya sayangi unutk menegur saya. Membimbing saya. Memberi tunjuk ajar. Jazakumullah khayr kathir atas kesudian sahabat semua. :') 


Menyuntik kembali semangat untuk menaip dan 'menghidupkan' kembali blog ini, sangat payah. Susah. Mungkin kerana saya ini pelajar perubatan, eh. *alasan*. Saya dah berjaya bersihkan blog saya yang usang lagi bersawang untuk kembalikan semangat dan perbaharui niat. Ya, tajdid niat. Tujuan utama untuk menjadi seorang blogger ini, tak lain tak bukan untuk berdakwah. Berkongsi pengalaman. Ilmu. Curahat. InsyaAllah. Rasa sangat rugi jika ilmu, nikmat, tenaga, masa, ruang, dan kesempatan yang Allah pinjamkan ini, saya lalaikan untuk tujuan lain. Semoga ia boleh menjadi saham akhirat kelak. 

Teringat pesan naqibah saya yang pertama, ilmu yang tak mengalir itu ibarat air paya. Mulanya, saya tak berapa faham. Kenapa dengan air paya? Apa kaitan ilmu dengan air paya? Apa yang ada pada air paya? Akhirnya saya tahu, air paya itu langsung tak mengalir. Baunya busuk. Tumbuh lumut-lumut. Begitu juga dengan ilmu, kalau kita tak alirkan, kongsi ilmu dengan orang lain, boleh jadi ilmu kita basi. Lapuk. Akhirnya sia-sia sebab tak dapat manfaatkan ilmu tersebut kepada orang lain. Rugi kan ? Sangat. Maka, jadilah kita ibarat air sungai. Sebab air sungai yang jernih lagi indah itu mengalir setiap masa walau berjuta batu menghalang. Sangat bermanfaat pada manusia. Walau bagaimanapun, semua yang ada di langit dan dibumi dan seisinya milik Allah. Hanya Dia yang berpunya. Masyaallah tabarakallah. 

Oleh sebab itu, saya memilih header sebagai 'Ketika Cinta Berusrah'. Usrah bagi saya sangat luar biasa. Auranya. Jalinan kasihnya. Tarbiyahnya. Ukhuwwahnya. Ilmunya. Baaanyak sangat himmah daripada Usrah. 1001 makna yang tersirat, tersirat dalam Usrah. Semuanya rahsia Dia, untuk mencampakkan saya di Taylors yang rata-ratanya manusia yang bukan Islam, dan pengakhirannya saya berkenalan dengan Usrah. Bulatan Gembira. Indah kan ? Yes, no one knows our story except Allah and He is the best listener. Sejak daripada situ, saya mula jatuh cinta dengan DnT dan ingin selalu bersamanya. Aiwah ! :)

Ketika Cinta Berusrah. InsyaAllah, ilmu yang saya dapat daripada mana-mana seminar, program, terutama Usrah akan saya kongsikan di sini. Di ruangan ini. Di sudut ini. 

::Kala usrah bersulam cinta ::
izzahzahraa :)


P/s: 1. Research project mesti diteruskan either you like it or you like it. Well, no choice. :(
*gaya Shaykh Riad Ouarzazi. Really miss his lecture :')
2. Tak sabarnya nak pergi Konvensyen Fiqh Wanita hari Sabtu dan Ahad ni ! Jumpa di sana :)

.Semoga Allah redha.