Wednesday, May 28, 2014

Bunyi Tangisan Pertama

Bismillah

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

Alhamdulillah

---

Sekarang sudah masuk minggu ke-2 posting Obstetric & Gynaecology. Alhamdulillah better than first week. Minggu pertama merupakan minggu kekusutan dan kepayahan. Belajar banyak new terms, how to take history taking in O&G, how to calculate EDD (expected date of delivery), how to write gravida and parity and etc. The lists go on..

Harini saya oncall. Ya, belajar juga dikenakan oncall, tetapi tidak seperti HO. Kami hanya perlu oncall sekali seminggu. Dan kami pelajar perempuan secara tidak langsung juga ditugaskan menjadi chaperone untuk pelajar lelaki, semestinya untuk tujuan keselesaan pesakit. 

Selepas turun lif dari tingkat 9, kami bergegas ke Labour Room di tingkat 2. Semangat kerana kali pertama. Saya dan seorang lagi coursemate lelaki masuk ke labour room dan mencari-cari pesakit yang mahu deliver. Kami ingin belajar. 
Sambil berdiri dihadapan board tersebut, kami cuba memahami apa yang ditulis oleh para doktor dan staff nurse. Mana tidaknya, semua dalam keadaan sinkof. Sependek-pendeknya. Mahu jimat masa mungkin ? Tapi tidak mengapa, mungkin saya akan buat benda yang sama akan datang. Ya.

"Mrs.J, 30 y/o, G3P2, 37/52+ 2/7, cervical os open 8 cm", kawan sekelas saya mula membaca list pertama pada board tersebut. 

"Hem, kalau pesakit ini kita kena tunggu less than 2 hours lagi. Mungkin kita boleh masuk procedure room dulu tengok ultrasound ke? ", saya memberi cadangan.

Ketika kami khusyuk melihat board di labour room, tiba-tiba, seorang staff nurse bertanya kepada kami,

"Adik nak tengok delivery ke? Kat dalam Bilik 5 ada seorang patient"

Kami berasa sangat teruja. Pertama kerana dipermudahkan urusan untuk pelajar seperti kami yang masih mentah tentang selok belok labour room. Kedua disambut oleh staff nurse yang sangat memahami kami pelajar perubatan yang ingin belajar. Teruja itu seperti tidak tahu bagaimana mahu diungkap. 

Lalu dengan senyuman yang paling manis dan lebar diameternya, kami mengucapkan terima kasih dan segera pergi ke bilik yang disebut.

Dari luar, kedengaran seorang ibu sedang menjerit menahan sakit. Sedang berusaha sedaya upaya untuk meneran. Sedang berhempas pulas menyerahkan semua keringat dan tenaga hanya untuk melahirkan seorang anak ! Allahuakbar.

Saya berdiri di langsir yang separa tertutup itu, tujuannya ingin meminta izin. Dalam masa yang sama pelbagai soalan bermain dalam fikiran. Bagaimana aku mahu meminta izin daripada patient yang sedang dalam kesakitan dan semua staff nurse yang sedang membantu proses deliver itu? Apakah ada staff nurse yang ingin melayan medical student? Apa yang aku patut bantu? Bagaimana dengan kawan lelakiku ini? Adakah dia berpelaung untuk belajar daripada patient ini? Seribu satu soalan berputar.

Alhamdulillah Allah mudahkan. The moment saya menyelak langsir bilik 5 seorang satff nurse mengangguk menandakan aku dibenarkan masuk. Tetapi nasib tidak menyebelahi rakan lelaki saya, dia tidak dibenarkan. Mungkin atas sebab privasi patient. Maka saya seorang berdiri di sudut yang paling hujung di bilik 5 labour room untuk menyaksikan buat kali pertama kuatnya seorang ibu untuk melahirkan anaknya ! Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar. Allah itu Maha Agung.

Situasi di dalam bilik 5 itu tidak tenang.

Beberapa kali mendengar staff nurse menjerit,

"Puan, kalau dah rasa sakit, dah rasa ada contraction, ambil nafas dalam-dalam dan teran, teran sekuat mungkin"

"Puan jangan menangis puan! Guna tenaga untuk teran"

"Puan, berapa kali saya cakap, jangan buat macam tu. Kesian baby ni, dia lemas dalam tu nanti"

"Puan cepat puan ! Teran puan ! Baby ni berak dalam perut nanti, dia boleh lemas telan taik dia puan! "

"Puan, tolonglah ikut cakap saya puan. Saya nak puan tarik nafas dalam-dalam, pegang kaki, dan teraaaaaann sekuat mungkin. Ni dah nampak rambut dia ni, sikit je lagi puan kena usaha"

Banyak betul drama-drama dalam labour room. 

Dengan beberapa kali teran, patient di bilik 5 telah pun selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Alhamdulillah. Semua nurse di dalam bilik labour room itu mengucapkan Alhamdulillah. Termasuk pesakit tersebut. Dan saya juga.

Beberapa minit kemudian, terdengarlah bunyi tangisan bayi yang pertama.




Syahdu betul. Saya seolah-olah ingin menangis di situ. Tanpa sedar air mata tetap bergenang di dalam kelopak mata. Tapi saya cepat-cepat meyeka air mata itu supaya tidak jatuh ke pipi. Bukan kerana malu, kerana takut mempengaruhi emosi patient. Inilah kali pertama saya melihat sendiri seorang ibu bertarung nyawa untuk melahirkan seorang anak. Mana mungkin saya lupa dengan penagalaman ini.

Seorang nurse mencatit waktu kelahiran bayi itu. Tepat pukul 3.15 petang. 

Saya kira proses deliver hampir siap. Rupanya sangkaan saya meleset. Masa untuk mengeluarkan pula umbilical cord dan placenta. Daripada raut wajah pesakit itu, dia masih menahan sakit. Allah hebatnya Engkau yang menciptakan seorang wanita yang penuh dengan kekuatan.

Dicatit sekali lagi waktu placenta keluar. Kira-kira pukul 3.25 petang,

Proses deliver diteruskan dengan menjahit kawasan yang terkoyak. Sekali lagi melihat pesakit itu menahan sakit. Tanpa sebarang anesthetic, kulit yang terkoyak ketika proses deliver itu dijahit oleh staff nurse dengan berhati-hati. Situasi di bilik 5 itu agak tenang. Sudah ramai staff nurse yang keluar dari situ, ada tugas baru mungkin. Sehinggalah tinggal saya, berdua dengan seorang staff nurse yang sedang  menjahit dan seorang patient. 

Saya cuba membantu meringankan kerja staff nurse itu. Dia juga bermurah hati mengajar cara  untuk menjahit. Kami berborak berkongsi cerita dan pengalaman. Termasuk juga pesakit itu, masih bertenaga melayan karenah kami berdua. masih beupaya melayan soalan-soalan saya. Masih kuat untuk terus senyum.

Akhirnya proses menjahit siap, alhmdulillah. Bayi yang tadi di bawa pergi untuk dipakaikan baju sudah pun kembali kepada ibundanya. Saya membantu staff nurse tadi untuk menukarkan pakaian patient tadi yang sudah pun tecalit dengan darah. Alhamdulillah semuanya siap, settled.

Saya ucapkan tahniah kepada pesakit itu atas kelahiran cahaya matanya yang kedua, dan sebenarnya ucapan tahniah saya lebih kepada kekaguman melihat akan kekuataannya bertarung nyawa, melawan segala kesakitan semata untuk anak yang ingin dilahirkannya itu. Terima kasih juga atas peluang yang diberikan untuk saya belajar pengalaman pertama melihat proses yang tampak biasa, tapi sebenarnya sangat teramat luar biasa.

Tiba-tiba, tangisan kedua daripada bayi itu kedengaran.

Saya bertanya kepada pesakit itu,
"Puan, puan nak menyusukan baby ni ? Dah ada nama ke? hehe. Nak panggil apa ye si comel ni?"

Pesakit itu,
"Haaa boleh jugak . Meh sini baby tu. Nama dah ada tapi tak tahu lagi lah. Kena bincang dengan ayah dia dulu. hehe."

Saya pun mendukung bayi yang baru lahir beberpa jam tadi, untuk diberikan ke dalam pangkuan ibunya. Alamak, ringannyaa diaa. hehe

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar

Ma'assalamah, wailalliqaa'

----

p/s: 
Ini merupakan kisah benar, penyaksian saya terhadap proses delivery buat kali yang pertama tujuh bulan yang lalu. Mana mungkin saya dapat melupakan pengalaman ini. Mana mungkin hilang begitu sahaja wajah seorang wanita yang sangat luar biasa kekuatannya untuk melahirkan cahaya matanya. Mana mungkin saya melupakan raut wajah wanita mengizinkan saya untuk belajar proses delivery buat kali yang pertama. Dan mana mungkin saya melupakan Puan yang indirectly mengajar saya pengorbanan seorang ibu, dalamnya rasa cinta seorang ibu dan yang paling penting hebatnya Al-Khaliq menciptakan wanita yang luar biasa kekuatannya. Allahuakbar. Tahniah dan terima kasih Puan. *mesti anak Puan dah pandai merangkak kan sekarang?* :)