Thursday, September 5, 2013

Datang bertandang tanpa diundang .

Bismillah
In the name of Allah, the most Gracious the most Merciful

Assalamualaikum dan salam ukhwwah semua :)

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah

Sekarang tepat jam 12 malam. Tepat. Bilik Abang, bilik Abah dan Mama semua dah tertutup, sunyi, sepi. Mereka semua sudah dibuai mimpi barangkali. Dan saya masih di sini, memikirkan masa lampau, masa silam, kenangan, masalah yang tak pernah kurang, perasaan, dan masa hadapan yang tak pasti datang.

Entah, sepasang mata seperti masih degil untuk beristirahat, walaupun otak sudah letih. Mungkin memikirkan macam-macam yang tak pernah sudah. Mungkin dengan sedikit coretan dapat mengurangkan beban. Mungkin. biiznillah.

Cuti penuh makna

Alhamdulillah thummal hamdulillah. Dapat jugak saya merasa makna cuti. Pulang ke kampung halaman, menghirup udara tanah kelahiran, sangat bererti bagi saya yang sangat jarang-jarang pulang ke baiti jannati kerana kesibukan hal-hal pelajaran. Dah 5 tahun tak dapat menikmati cuti panjang. Cuti saya setakat ini yang paling panjang hanyalah dua minggu. Cuba bayangkan sahabat lain menikmati cuti semester berbulan-bulan, saya masih lagi ulang alik campus- study. Di saat mereka bergembira cuti short term break, saya masih lagi berlari-lari ke campus- study. Perkataan cuti ibaratnya sudah terkubur. Hilang lesap. Tetapi, point utama yang saya mahu jelaskan disini, kalau dapat cuti, saya akan cuti betul-betul ! Nikmati sepenuhnya cuti itu; pulang ke rumah, tolong abah dengan mama, belajar & main dengan adik-adik, buat sebanyak yang boleh 'bonding'. Sebabnya, cuti itu sahaja yang ada. Tetapi saya tahu, Allah sentiasa aturkan yang terbaik untuk saya. Itu semestinya ! Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat Mu.


Sedih juga kadang datang bertandang tanpa diundang

Semenjak dua menjak ini, saya kadang asyik rasa sedih. Macam-macam sebab lah sebenarnya. Antaranya, tidak dapat join Jaulah Tautan Hati Pulang ke Gagang ke Maktab terchenta. Ya Allah, sedihnya memang tak dapat digambarkan. Rasa macam hati ini hancur berkecai, pecah seribu. Mana tidaknya, saya dan sahabat siap bincang tentatif jaulah, buat group discussion dalam Facebook, dan saya dah pun siap belikan hadiah untuk mereka-mereka yang sangat sangat sangat saya saya sayangi. SubhanAllah, sedihnya itu hanya Allah pemilik segala hati ini sahaja yang tahu. Dikejutkan pula dengan berita salah seorang pak cik saya yang berusia dalam 70an terjatuh lalu menyebabkan pendarahan di dalam kepala dan kini beliau masih koma. Innalillahiwainnailaihiraji'un. Ditambah pula dengan ibu bapa yang tiada di Malaysia. Lagi lah meruntuh jiwa. Tugas sebagai seorang kakak terpaksa digalas, sehingga terpaksa membatalkan segala agenda yang dah dirancang, terpaksa korbankan jaulah tautan kasih itu. SubhanAllah betul-betul tamparan hebat.

Saya juga terkilan, tak berpeluang berjumpa dengan roommates semasa di MRSM dahulu yang sangat sangat sangat saya rindui. Ketahuilah kalian, kasih sayang dan cinta saya pada kalian tak pernah luak, walau sikit pun. Asif jiddan sebab saya jarang berhubung. Asif jiddan saya tak kotakan janji belanja kalian di Manhattan Fish Market. I will, InsyaAllah. Bila ada kesempatan ruang dan peluang, saya akan kotakan janji itu, walaupun terpaksa tunggu hingga 5 tahun akan datang. InsyaAllah. Kalian memang roomates yang terhebat ! Sampai sekarang  saya masih tak jumpa roomates yang cool lagi bergaya macam kalian. Semoga ukhwwah yang kita bina ini kekal hingga ke JannahNya, biiznillah.

Oh dan satu lagi, malam tadi saya scroll halaman utama muka buku. Tiba-tiba saya ternampak update status daripada seorang akhawat yang memberitahu bahawa Masjidil Aqsa kini diserang oleh tentera Israel dan dipertahankan oleh maysarakat Muslim Palestin, lalu saya terfikir, apa sumbangan aku dari sini ? Kaku.

'Ala kulli hal, saya tahu segala yang berlaku, itu yang terbaik. Saya merancang, Dia juga merancang, tetapi ketahuilah perancangan Dia yang Maha Hebat tak pernah silap, tak pernah sia-sia. Mungkin kita tak nampak hikmahnya sekarang, tapi ia pasti akan dilihat masa akan datang, biiznillah. 

Menghitung buatir-butir mutiara yang jatuh gugur batinnya .

Semoga Allah redha 

Ma'assalamah, wa ilalliqaa'


::Kala Usrah bersulam Cinta::
zahraa