Tuesday, January 15, 2013

Ketika Cinta BerUSRAH

Bismillah
In the name of Allah the most gracious and the most merciful.

Alhamdulillah. 


Bila melihat header blog ini, ia berubah lagi. Ya, berubah. Sempena dengan tahun baru, azam pun dah baru, umur pun juga jadi baru. Eh. :)

Muhasabah kembali masa yang lalu, tahun 2012 mencorakkan banyak kenangan pahit, manis, pelbagai perisa ada. Perjuanganku masih belum selesai, mungkin di pertengahan, dan mungkin juga tak sampai lagi di pertengahan. Teringat satu warkah yang dikirimkan oleh sahabat saya yang kini menuntut di bumi Urdhul Kinanah Misr pada hari terakhir SPM tiga tahun yang lalu, antara ayat yg paling saya terkesan dan masih segar dalam ingatan saya, 'Perjalanan kehidupan kita sebenarnya baru bermula, jalan masih panjang'. Sumpah panjang. Saya mula faham dan digest apa yang sebenar-benarnya maksud yang tersirat disebalik ayat keramat itu. Ya, ia sangat mendalam. Tahu dan faham, dua benda yang berbeza. Dulu saya tahu namun hari demi hari yang dilalui dengan izinNya, buat saya makin faham. 

Semoga apa pun yang saya lalui, harap saya tak pernah terlalai dengan tujuan sebenar Sang Pencipta menciptakan saya di bumi ini. Menciptakan diri yang lemah ini untuk menjadi Khalifah (2:30) dan 'Abid (51:56). Dan jika saya terpesong atau tergelincir dari jalan tarbiyah ini, saya mohon sahabat yang saya sayangi unutk menegur saya. Membimbing saya. Memberi tunjuk ajar. Jazakumullah khayr kathir atas kesudian sahabat semua. :') 


Menyuntik kembali semangat untuk menaip dan 'menghidupkan' kembali blog ini, sangat payah. Susah. Mungkin kerana saya ini pelajar perubatan, eh. *alasan*. Saya dah berjaya bersihkan blog saya yang usang lagi bersawang untuk kembalikan semangat dan perbaharui niat. Ya, tajdid niat. Tujuan utama untuk menjadi seorang blogger ini, tak lain tak bukan untuk berdakwah. Berkongsi pengalaman. Ilmu. Curahat. InsyaAllah. Rasa sangat rugi jika ilmu, nikmat, tenaga, masa, ruang, dan kesempatan yang Allah pinjamkan ini, saya lalaikan untuk tujuan lain. Semoga ia boleh menjadi saham akhirat kelak. 

Teringat pesan naqibah saya yang pertama, ilmu yang tak mengalir itu ibarat air paya. Mulanya, saya tak berapa faham. Kenapa dengan air paya? Apa kaitan ilmu dengan air paya? Apa yang ada pada air paya? Akhirnya saya tahu, air paya itu langsung tak mengalir. Baunya busuk. Tumbuh lumut-lumut. Begitu juga dengan ilmu, kalau kita tak alirkan, kongsi ilmu dengan orang lain, boleh jadi ilmu kita basi. Lapuk. Akhirnya sia-sia sebab tak dapat manfaatkan ilmu tersebut kepada orang lain. Rugi kan ? Sangat. Maka, jadilah kita ibarat air sungai. Sebab air sungai yang jernih lagi indah itu mengalir setiap masa walau berjuta batu menghalang. Sangat bermanfaat pada manusia. Walau bagaimanapun, semua yang ada di langit dan dibumi dan seisinya milik Allah. Hanya Dia yang berpunya. Masyaallah tabarakallah. 

Oleh sebab itu, saya memilih header sebagai 'Ketika Cinta Berusrah'. Usrah bagi saya sangat luar biasa. Auranya. Jalinan kasihnya. Tarbiyahnya. Ukhuwwahnya. Ilmunya. Baaanyak sangat himmah daripada Usrah. 1001 makna yang tersirat, tersirat dalam Usrah. Semuanya rahsia Dia, untuk mencampakkan saya di Taylors yang rata-ratanya manusia yang bukan Islam, dan pengakhirannya saya berkenalan dengan Usrah. Bulatan Gembira. Indah kan ? Yes, no one knows our story except Allah and He is the best listener. Sejak daripada situ, saya mula jatuh cinta dengan DnT dan ingin selalu bersamanya. Aiwah ! :)

Ketika Cinta Berusrah. InsyaAllah, ilmu yang saya dapat daripada mana-mana seminar, program, terutama Usrah akan saya kongsikan di sini. Di ruangan ini. Di sudut ini. 

::Kala usrah bersulam cinta ::
izzahzahraa :)


P/s: 1. Research project mesti diteruskan either you like it or you like it. Well, no choice. :(
*gaya Shaykh Riad Ouarzazi. Really miss his lecture :')
2. Tak sabarnya nak pergi Konvensyen Fiqh Wanita hari Sabtu dan Ahad ni ! Jumpa di sana :)

.Semoga Allah redha.

No comments:

Post a Comment